@byhidayahaisa

Tuesday, 23 September 2014

2nd Honeymoon

September 23, 2014 0 Comments
Alhamdulilah.. Dah lama nak ke pulau tapi ada je kekangan yang tak dapat dielakkan...dengan ada nya "Kursus Pasca Perkahwinan :SmartStart, 2nd Honeymoon" anjuran YPK, LPPKN dan SUK  dapat jugak aku ke pulau.. Yang paling best Honeymoon ditaja sepenuhnya.. Bukan senang  nak dapat tau...
terharunya Allah saje yang tahu...Syukur padaMu... RCA selalu, iringi doa in sha allah apa yang kite impikan pasti jadi Kenyataan



kami tiba dijeti pulau perhentian jam 12.45 tghari.. disambut mesra oleh staff resort  dan diberi "welcome drink".. Alhamdulilah x MABUK laut ari ni.. cuma mengantuk sebb lama jugak lah nak sampai ke situ. apa2 pun kami happy

Program kami bermula dengan Lunch  kemudian baru dapat check in kt balik.. apa yang aku dan husband fikir elok jugak dapat bilik tut tut ada program lagi kul 3 petang..

bermulanya Program Pertama Kami..setiap pasangan yg terpilih perlu beritahu kat semua peserta dan urusetia apa keistimewaan isteri dan suami masing.. berapa lama kahwin, 


program kedua kami.. 'candle light dinner'


program ketiga kami.. pengurusan stress dan konfliks...
Kami diberikan satu borang yang mana kami diminta untuk mengisi berapa pendapatan bulanan serta perbelanjaan bulanan.. tgk lah -ve ke tak baki yang ada ditangan.. ermmm kira2 cam +ve pulak tp biasanya banyak yang -ve.. hehehee

sesi keempat... "luahkan perasan anda"

Sesi Kelima ... " Candle light Dinner lagi.."

Sesi Keenam ... sesi bergambar potong kek 

sesi ketujuh.. "lafazkan Cinta"




Wednesday, 28 May 2014

PENTING UNTUK PERNIAGAAN BERJAYA

May 28, 2014 0 Comments

3 perkara penting untuk perniagaan berjaya adalah:

  1. Tunaikan solat 5 waktu dan juga semua ibadah wajib lain serta tinggalkan perkara haram. Jika ini tidak dilakukan oleh para usahawan, segala usaha maupun kejayaan anda termasuklah wang ringgit dan segala kemewahan lain adalah sia-sia dan hanya jadi bahan api neraka untuk membakar anda sendiri.
  2. Berbuat baik pada ibu dan bapa dan hulurkan bantuan wang dan juga tenaga bagi menyara keperluan hidup mereka. Berbuatlah sebaik mungkin untuk menyejukkan hati mereka dan mendamaikan mata mereka yang redup.
    • Contoh paling mudah adalah dengan pastikan anda merenung wajah mereka setiap hari jika berdekatan dan sekurang-kurangnya sebulan sekali jika berjauhan. Berikan wang walaupun mereka dah ada cukup wang. Layan makan minum mereka dan layan perbualan mereka sebaik mungkin.
    • Anda boleh baca biography Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk tahu bagaimana dia layan ibunya.

  3. Tunaikan solat Duha setiap pagi di waktu Duha. Jadikan amalan solat Duha ini rutin anda sebaik sahaja mula berniaga atau sebaik sahaja bernekad untuk jadi usahawan. Hafal doa solat duha dan fahami maksudnya.