@byhidayahaisa

Wednesday, 28 November 2012

Diet Cara Rasulallah S.A.W

November 28, 2012 0 Comments

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan anda semua

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglahajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya...kawan2 cubalaa.....Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie....Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme ialah mekanisma percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

p/s : Sampaikan walau sepatah..

Sunday, 4 November 2012

Apa Itu Migrain??

November 04, 2012 0 Comments


APA ITU MIGRAIN?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu  menurut kajian yang dibuat, migrain tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

Kira-kita 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang yang mengalami Migrain. Sakit Kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simpton seperti seolahmelihat " Flashes of light", pemandangan kabur, dan mungkin dimulai dengan rasa resah tanpa diketahui sebabnya.

Akhirnya, penghidap migrain akan merasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut di sebelah kepala diikuti dengan rase loya, mutah dan amat sensitif terhadap cahaya dan bunyi bising.


APA PENYEBAB MIGRAIN

Mengikut kajian, Migrain boleh disebabkan banyak faktor..termasuklah faktor keturunan.
Doktor boleh katakan anda MIGRAIN sekiranya:-
  • mempunyai 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dengan aura
  • sakit Kepala yang berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa-apa ubat
  • Rasa Loya dan Mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi yang menyebabkan sakit kepala              bertambah teruk.


Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti bolehmembantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...




VITAMIN B- COMPLEX Boleh Kurangkan Serangan Migrain

Amalan supplement Vit B Complex dapat membantu mengurangkan kekerapan, tahap keseriusan dan jangkamasa kesengsaraan yang disebabkan oleh migrain.

Kajian juga mendapati, jika diamalkan pengambilan supplement itu selama 6 bulan barulah kesan dapat dirasai. Tidak mendatangkan hasil jika hanya diamalkan untuk beberapa minggu sahaja.

Kekerapan mendapat serangan Migrain itu berkurangan ( Bukannya hilang terus). Namun jika Migrain telah dikodkan dalam genetik seseorang, sudah tentu ianya sukar untuk dihilangkan.. Dalam hal ini, saya hanya dapat nasihatkan agar pesakit migrain tersebut memperbanyakkan doa selain daripada berusaha melalui ubat dan Supplement





KHASIAT ALFALFA SHAKLEE

November 04, 2012

ALFAL
Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.
Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:
Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.
Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya denganserat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.
Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.


AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Sukar Mengandung? GLA Membantu Kesuburan Wanita..

November 04, 2012 0 Comments

Salam semua...Alhamdulillah ramai yg dah mencuba GLA Shaklee memberi tindak balas yang positif. Walaupun rezeki itu datangnya dari Allah, tapi kita sebagai hambanya kenalah berusaha..Bagi anda yg sukar hamil, ini sedikit info GLA ya..

GLA mengandungi Asid Linoleik Gama, Minyak Borage, minyak benih bunga matahari dan Vitamin E, serta fungsinya seakan-akan Evening Primrose Oil (EPO), malah jauh lebih baik dari EPO. EPO tidak boleh diambil semasa haid, manakala GLA boleh. Dan secara asasnya, GLA berfungsi membaikpulih hormon wanita dan membantu meningkatkan kesuburan.





Antara kebaikkan GLA ialah:-

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (Sindrom pra-haid)-mudah marah, letih dan lesu sebelum dan semasa kitaran haid
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kuku lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangani ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf