@byhidayahaisa

Tuesday, 9 October 2012

Resdung- Punca dan Rawatannya


Tahukah anda setiap tahun berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti resdung. Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.


Apa itu resdung??
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Tanda-Tanda Menghidap Resdung

·         Hidung selalu tersumbat
·        Lendir dari hidung dan tekak
·         Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata.
·         Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
·         Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
·         Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Salah satu punca resdung adalah dari alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk,parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergrakan udara tidakdapat dikeluarkan. Udara yang terkumpul akan menyebabkan  kulat tumbuh dan kawasan dalam hidung akan menjadi semakin membengkak.


Punca Resdung

  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 


Petua Mencegah Resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
  
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  
6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. 
Bagaimana mencegah resdung

·         Elakan memelihara haiwan berbulu.
·         Jangan menggunakan sarunng bantal, selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
·         Bersiihkan karpet setiap hari dirumah anda.
·         Pakai penutup hidung sekiranya mengemas rumah.
·         Minum air suam dengan kadaryang banyak. Boleh juga mengamalkan sup panas.
·         Selau mencuci dan menjaga kebersihan muka.
·         Elakkan makan makan laut sekiranya alah pada makanan tersebut.

Andajuga boleh mengurangkan resdung dengan mengamalkan supplement.Supplement yang membantu adalah Vitamin C, Alfafa & B Complex.

Sustained Release  Vita-C 500mg
Shaklee Sustained Release  Vita-C 500mg  merupakan produk pertamayang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadiyang menggunakan  proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa5 jam.
Sebagai  satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

Alfalfa Complex
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang menganjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.
Alfalfa Complex merupakan satu formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. shaklee dalam tahun 1950-an.Kami hanya menggunakan alfalfa yang terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral srih dan vitamin.Sumber semulajadi dari alfalfa . setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu.

B Complex
Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik samada dari segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan dan dalam membinatenaga metabolisme.Kajian terbaru membuktikan bahawa vitamin Bberupaya meningkatkan penglihatanmata dan sistem pernafasan.
Vitamin B Complex mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi  vitamin B yang hilang untukmembantumenguatkan jantung ,peparu dan organ-organ penting yang lain.



Rawatan

Sebaik-baiknya anda perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu dan anda juga boleh lihat disini: http://rawatan-resdung.com/

Sumber Rujukan
  1.  http://oneforallblog.blogspot.com/2008/12/punca-resdung.html
  2. http://www.sioloon.com/t11013-resdung-punca-dan-petuanya
  3. http://rawatan-resdung.com/
  4. http://petuasejagat.blogspot.com/2010/08/penawar-mengubati-resdung.html
  5. http://www.methodsofhealing.com/sinus-relief-in-24-hours/

No comments: